Monday, 18 November 2013

PENGENALAN

IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful Plus adalah pelan berkaitan pelaburan di mana caruman adalah berkala yang menawarkan dua dalam satu manfaat; iaitu perlindungan takaful komprehensif terhadap kejadian tidak dijangka dan potensi pertumbuhan pelaburan jangka panjang pada masa yang sama. Ianya adalah pelan ideal yang memberi perlindungan kekayaan dan memenuhi keperluan mengumpul kekayaan pada masa yang sama.

APAKAH PERLINDUNGAN IKHLAS PREMIER INVESTMENT-LINKED 

TAKAFUL PLUS?

Manfaat Kematian Atau Keilatan Kekal Dan Menyeluruh (TPD)
Sekiranya Berlaku Kematian Atau Keilatan Kekal Dan Menyeluruh (TPD), 100% Dari Jumlah Perlindungan Beserta Nilai Unit Pada Sijil Anda Di Dalam Semua Dana Akan Dibayar Kepada Penama Atau Waris Terdekat Anda (Untuk Kes Kematian) Atau Anda (Untuk Kes TPD).
Sekiranya Berlaku Kematian/ Keilatan Kekal Dan Menyeluruh Kepada Peserta Sebelum Dia Mencapai Umur 5 Tahun Pada Tarikh Harijadi Akan Datang, Jumlah Perlindungan Yang Akan Dibayar Adalah Berdasarkan Jadual Berikut:-
Umur Kematian/
TPD (Hari Jadi
AkanDatang)

1 Tahun

2 Tahun

3 Tahun

4 Tahun

5 Tahun Ke Atas
Peratus
Jumlah
Perlindungan Dibayar

20%

40%

60%

80%

100%
(Manfaat Ini Dijamin Oleh Dana Risiko)
Manfaat Matang
Jumlah Terkumpul Di Dalam Dana Unit (Selepas Ditolak Sebarang Caj) Akan Dibayar Kepada Anda Apabila Sijil Anda Matang.
(Manfaat Ini Tidak Dijamin)
Manfaat Serahan
Apabila Sijil Anda Diserahkan, Anda Akan Menerima Jumlah Terkumpul Di Dalam Dana Unit Setelah Tolak Caj Serahan.
(Manfaat Ini Tidak Dijamin)

APAKAH PERLINDUNGAN IKHLAS PREMIER INVESTMENT-LINKED TAKAFUL 

PLUS?

1. Ganjaran Pembayaran Segera
Anda akan menerima Jumlah Perlindungan tambahan sebanyak 10% daripada Jumlah Perlindungan Asal anda, tanpa perlu membayar Caruman tambahan, pada akhir tahun Sijil ke tiga (3) dan setiap tiga (3) tahun selepas itu, sehingga lima belas (15) tahun.
(Manfaat ini Dijamin oleh Dana Risiko)
2. Manfaat Loyalti
Anda layak untuk Manfaat Loyalti pada akhir tahun Sijil ke sepuluh (10) dan setiap tiga (3) tahun selepas itu. Manfaat Loyalti akan digunakan untuk membeli unit-unit dalam setiap Dana Berkaitan Pelaburan dan pengagihan adalah berdasarkan peruntukan unit-unit semasa.
(Manfaat ini Dijamin oleh Dana Risiko)

3. Opsyen Manfaat Matang
Apabila Sijil matang, anda mempunyai pilihan bagi memilih mekanisme untuk menerima bayaran manfaat matang sama ada secara sekali gus atau anda boleh memohon membuat pengeluaran secara bulanan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
4. Pengeluaran TunaiPeserta boleh memohon pengeluaran sebahagian tunai pada bila-bila masa sebelum Sijil matang. Bagi setiap pengeluaran sebahagian tunai, jumlah perlindungan akan dikurangkan mengikut kadar tersebut. Pengeluaran tunai tertakluk kepada jumlah pengeluaran minimum sebanyak RM 500 dan baki minimum di dalam Dana Unit sebanyak RM 3,000.

5. Caruman Tambahan
Penambahan Caruman adalah dibenarkan dari tarikh Sijil berkuatkuasa. Bagi setiap Sijil, jumlah minima penambahan Caruman yang dibenarkan adalah RM 500.00 bagi setiap penambahan. Caruman tambahan akan digunakan untuk membeli tambahan unit perlaburan.

KENAPA TAKAFUL IKHLAS?

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) adalah anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad. Operasi perniagaan dan pengurusan kami adalah berlandaskan kepada prinsip Syariah. Kami memberikan keutamaan dalam memastikan kesemua urusan perniagaan kami adalah berasaskan kesaksamaan dan keadilan kerana kami berpegang kepada falsafah “kemudahan berurusan” dengan semua rakan perniagaan kami terutamanya –Pelanggan kami.
Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam di peringkat antarabangsa dan tempatan, Takaful IKHLAS telah memilih kontrak Wakalah sebagai model dalam membentuk asas operasi kami. Wakalah adalah satu bentuk hubungan perwakilan di antara Takaful IKHLAS dan seseorang Peserta (Prinsipal/Pelanggan). Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan kami:
  • Tabarru bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta dan akan digunakan untuk membantu Peserta yang ditimpa musibah. Di dalam konteks Takaful IKHLAS, Tabarru’ akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko.
  • Wakalah bermaksud agensi. Di dalam konteks ini, ia merujuk kepada kontrak di antara Syarikat dan Peserta di mana Peserta melantik Syarikat untuk menguruskan dana bagi pihak Peserta, yang membenarkan Syarikat untuk mengenakan yuran Wakalah.

No comments:

Post a Comment