PENGENALAN
IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful Plus adalah pelan berkaitan
pelaburan bercaruman tunggal yang menyediakan peluang untuk
memaksimakan pulangan pelaburan anda dan pada masa yang sama,
menikmati perlindungan takaful. Anda boleh bermula dengan caruman
tunggal sekali gus dan penambahan pelaburan pada bila–bila masa bagi
merebut peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.
APAKAH CIRI-CIRI UTAMANYA?
1. Mulakan perjalanan menuju ke usia emas anda dengan pelaburan sekali gus serendah RM 5,000.
2. Anda mempunyai pilihan untuk melabur dalam dana pelaburan berlainan, iaitu Dana Growth, Dana Balanced atau Dana Fixed Income bagi meningkatkan pulangan anda dan mengimbangi risiko portfolio
pelaburan anda.
3. Pelaburan anda diuruskan oleh pengurus dana profesional bagi memberi ketenangan fikiran kepada anda.
4. Anda boleh mengendali sepenuhnya pelaburan dan perlindungan anda melalui IKHLAS Invest-Link Mobile, aplikasi mudah alih berkaitan pelaburan milik kami sendiri. Anda boleh menyemak manfaat pelan
anda dengan akses mudah bagi memantau dan melaraskan aset portfolio pelaburan anda, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
5. Seiring perubahan hidup, keperluan anda juga turut berubah. IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful Plus menyediakan fleksibiliti untuk anda mengagihkan semula dana pelaburan anda melalui kemudahan penukaran. Dengan IKHLAS Invest-Link Mobile, anda dapat mengakses kemudahan ini pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja; lantas membolehkan anda mengendali sepenuhnya pelaburan
anda.
6. Anda memiliki fleksibiliti untuk mengeluarkan pelaburan anda pada bila-bila sahaja bagi memenuhi kepelbagaian keperluan kewangan anda pada peringkat hidup yang berbeza.
7. Anda bukan sahaja akan memulakan permulaan yang hebat dalam membina kekayaan, IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful Plus memastikan bahawa anda dilindungi sekiranya berlaku kejadian yang
tidak diduga, seperti kematian dan Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD).
APAKAH PERLINDUNGAN IKHLAS CAPITAL INVESTMENT-LINKED
TAKAFUL PLUS?
Kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD) Sekiranya berlaku kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh
(TPD) ke atas peserta, yang mana lebih awal, dalam tempoh Sijil,
yang lebih tinggi dari yang berikut:
i. 125% dari Caruman Tunggal, campur Campuran Tambahan,
ditolak Pengeluaran Tunai, atau
ii. Nilai Aset Bersih Terkumpul (NAV) Unit
hendaklah dibayar kepada Peserta (sekiranya berlaku TPD) atau waris terdekat atau penama (sekiranya berlaku kematian). TPD hanya akan melindungi Peserta yang berumur 65 tahun ke
bawah dan ia adalah berdasarkan definisi “Pekerjaan Sendiri atau Pekerjaan yang Sesuai” di mana manfaat dibayar tertakluk kepada:
i. Tuntutan Keilatan Kekal Menyeluruh adalah disahkan
ii. Caruman tidak terlewat(Manfaat ini Dijamin oleh Dana Risiko)Manfaat Matang Jumlah terkumpul di dalam Dana Unit (selepas ditolak sebarang caj) akan dibayar kepada anda apabila Sijil matang.(Manfaat ini tidak dijamin)Manfaat Serahan. Apabila Sijil anda diserahkan, anda akan menerima jumlah terkumpul di dalam Dana Unit setelah tolak caj serahan.(Manfaat ini tidak dijamin)
APAKAH DANA PELABURAN YANG ADA?
Bagi portfolio pelaburan, anda mempunyai pilihan dana untuk pelaburan yang bergantung pada tahap risiko anda. Anda perlu tahu bahawa tahap risiko rendah dikaitkan dengan potensi pulangan yang rendah, manakala tahap risiko tinggi dikaitkan dengan potensi pulangan yang tinggi.
1. Dana Growth
Objektif utama dana ini adalah untuk melabur dalam ekuiti yang patuh kepada Syariah dan disenaraikan untuk memberikan pertumbuhan modal jangka sederhana hingga jangka panjang melalui kepelbagaian
pelaburan dalam portfolio yang berasaskan pertumbuhan. Dana jenis ini boleh menarik minat pelabur yang mementingkan pertumbuhan dana dan sanggup menerima risiko yang tinggi dalam pulangan pelaburan.
Keuntungan yang diperolehi secara automatik dilaburkan semula untuk memberikan pertumbuhan modal dan akan meningkatkan Nilai Aset Bersih dan seterusnya harga unit.
2. Dana Balanced
Objektif dana ini adalah untuk mencapai pertumbuhan modal jangka sederhana hingga panjang melalui pelaburan ke dalam ekuiti patuh Syariah yang disenaraikan, sekuriti hutang dan aset-aset patuh Syariah
lain. Dana ini memberikan gabungan yang seimbang antara pendapatan dan ekuiti.
3. Dana Fixed Income
Objektif utama dana ini adalah untuk memberi purata pulangan yang tinggi kepada para pelabur berbanding purata pendapatan dari simpanan tetap, melalui pelaburan jangka sederhana hingga jangka panjang di dalam bon dan lain-lain sekuriti pendapatan tetap dengan kadar risiko yang minima terhadap modal yang dilaburkan. Dana jenis ini boleh menarik minat pelabur yang mementingkan pulangan dan juga pertumbuhan modal.
MENGAPA IKHLAS CAPITAL INVESTMENT-LINKED TAKAFUL PLUS?
1. Pengeluaran Tunai
Peserta boleh memohon pengeluaran sebahagian tunai pada bila-bila masa sebelum Sijil anda matang. Bagi setiap pengeluaran sebahagian tunai, jumlah perlindungan akan dikurangkan mengikut kadar tersebut.
Pengeluaran tunai tertakluk kepada jumlah pengeluaran minimum sebanyak RM 500 dan baki minimum di dalam Dana Unit sebanyak RM 5,000.
2. Caruman Tambahan
Caruman tambahan dibenarkan dari tarikh bermulanya Sijil, tertakluk pada jumlah minimum sebanyak RM 500. Caruman tambahan akan digunakan bagi membeli unit pelaburan tambahan.
APAKAH CAJ YANG TERBABIT?
Yuran Wakalah
IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful Plus adalah berasaskan Model Wakalah di mana Takaful IKHLAS akan mengenakan caj Yuran Wakalah sebanyak 5% dari Caruman Tunggal untuk pentadbiran perniagaan.
3.75% akan digunakan bagi membayar komisen kepada pengantara.Yuran Pengurusan Dana Jumlah maksimum Yuran pengurusan dana untuk dana Fixed Income adalah 1.0% daripada Nilai Aset Bersih terkumpul (NAV) dan 1.5% daripada nilai aset bersih untuk dana-dana lain. Yuran pengurusan dana untuk Dana Balanced akan bergantung kepada pengagihan sebenar di dalam dana.Pihak syarikat berhak menyemak semua yuran pengurusan dana dengan memberikan sekurang-kurangnya notis tiga bulan kepada Peserta.
Caj Takaful
Caj Takaful akan dibayar daripada Dana Unit ke dalam Dana Risiko (melalui pembatalan unit pada harga unit) sebagai tabarru’ pada awal setiap bulan berasaskan kadar mortaliti peserta berdasarkan
umur pada hari jadi akan datang.Caj Takaful tambahan (jika berkenaan) akan dibayar daripada dana unit ke dalam Dana Risiko (melalui pembatalan unit pada harga unit) sebagai tabarru’ pada awal setiap bulan. Caj takaful tambahan mungkin dikenakan ke atas peserta bukan standard tertakluk pada pengunderaitan.
Yuran Penukaran
Penukaran lima yang pertama dalam setahun : Percuma
Penukaran seterusnya: 1% daripada jumlah yang ditukar, sehingga RM 50 untuk setiap penukaran.
Pihak syarikat berhak menyemak yuran penukaran dengan memberikan sekurang-kurangnya notis tiga bulan kepada Peserta.
Yuran Pengurusan Sijil
(i) RM 100 akan dicaj pada permulaan tempoh Sijil.
(ii) RM 25 akan dicaj bagi setiap Tambahan.
Caj Pengeluaran Sebahagian
Caj bagi transaksi pengeluaran adalah seperti berikut, sehingga RM 50 bagi setiap pengeluaran: Caj Pengeluaran (peratus bagi jumlah pengeluaran)Tahun 1 2 3 Seterusnya Caj 3% 2% 1% 0%
Caj Serahan Caj Maksima sehingga RM 50
Caj Tambahan 5% akan dicaj bagi setiap caruman tambahan
No comments:
Post a Comment