Thursday, 26 September 2013

Takaful Ikhlas Untuk Semua

INFORMASI UNTUK ANDA

 

Perlukah kita menyertai perlindungan kewangan Takaful? Secara amnya perlindungan Takaful adalah skim perlindungan kewangan secara Islam iaitu merupakan satu kaedah persiapan atau ikhtiar/usaha untuk menghadapi atau melindungi sebarang ketidak pastian yang mungkin berlaku ke atas diri sendiri, ahli keluarga atau harta benda daripada sebarang musibah atau malapetaka pada masa akan datang. Selagi manusia terdedah terhadap ketidak pastian dan risiko selagi itulah perlindungan kewangan Takaful itu amat diperlukan sebagai satu ikhtiar/usaha terlebih dahulu sebelum seseorang itu bertawakkal kepada Allah s.w.t.

Persiapan untuk mengharungi sebarang ketidak pastian atau ujian-ujian dari Allah s.w.t. contohnya seperti kematian, hilang-upaya kekal, penyakit kritikal, kemalangan dan sebagainya, bukanlah satu usaha yang ingin melawan takdir Allah s.w.t. yang diperkatakan oleh segelintir ahli masyarakat. Ini merupakan satu pandangan yang dangkal dari orang-orang yang jahil tentang agama Islam. Dalil yang mewajibkan seseorang itu mesti berusaha terlebih dahulu sebelum bertawakkal kepada Allah semata-mata adalah seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. terhadap seorang arab badwi yang meninggalkan untanya tanpa diikat tali terlebih dahulu dan lalu berserah kepada Allah s.w.t. semata-mata, yang bermaksud: 

"Ikatlah tali unta kamu dahulu dan kemudian barulah berserah kepada Allah s.w.t." (Riwayat: At-Turmuzi)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)

Dalam satu hadis lain Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggung-jawab dan setiap daripada kamu bertanggung-jawab terhadap mereka dibawah tanggungan kamu.” (Riwayat: Bukhari dan Muslim)Al Baqarah: 208

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya..." (Al Baqarah: 208)
Al An'aam: 162
"...Katakanlah: Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam,..." (Al An'aam: 162)

APA ITU TAKAFUL?

Makna Takaful

Takaful mengikut tafsiran syara' ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.

Bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapa pun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit".

Tujuan Takaful

Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiaruntuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta memperolehi manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.

Menjaga kebajikan sosial
Mewujudkan keharmonian sosial

Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana, "The fortune many compensate the unfortunate few".


Ciri - Ciri Takaful

1. Tiada unsur riba'
2. Tiada unsur gharar (ketidakpastian)
3. Tiada unsur maisir (judi)
4. Ada tabarru' (derma ikhlas)
5. Ada perkongsian Al-Mudharabah (keuntungan)
6. Akad yang dipersetujui.
Konsep Tabarru'

Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu
Takaful Ikhlas berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'.

Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma Bersyarat / Mengurniakan Dengan Redha Sendiri
Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jual beli seperti insurans.

Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.

Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar.

Melalui tabaru'risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat.

Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Takaful Ikhlas bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut.

Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru')

Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.

Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans. 


Konsep Al Mudharabah

Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama antara peserta dan syarikat.

Mudharabah bermaksud perkongsian keuntungan

Nisbah pembahagian bergantung persetujuan bersama - dinyatakan di dalam perjanjian/borang. 

Mudharabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana syarikat tidak wajib (tidak dosa/salah) jika tidak diberitahu di mana pelaburan dibuat.

Mudharabah berbeza dari musyarakah (joint-venture) di mana kedua-dua pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat.

Mudharabah sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bunga
Mudharabah dibenarkan oleh agama
Dalam mudharabah - nisbah ditentukan sementara nilai tidak ditentukan - bergantung kepada keuntungan.

Pembahagian secara mudharabah lebih adil.

Pengiraan mudharabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat.

Pembayaran mudharabah dibuat terus kepada peserta.

Takaful - Perlindungan & Pelaburan yang berasaskan Hukum Syariah

MEDICAL CARD IKHLAS MEDIC ASSIST TAKAFUL (IMAT)



KELEBIHAN :
  • Tiada fasal penyakit khusus dibawah pelan ini.
  • Pelan yang menawarkan sumbangan terendah di dalam industri insurans / takaful.
  • Perlindungan 24 jam meliputi seluruh dunia, 7 hari seminggu.
  • Pampasan perlindungan yang tiada had hilang upaya.
  • Menyediakan rawatan perbelanjaan tradisional.
  • Menyediakan perbelanjaan tempat tinggal.
  • Peserta tidak dibebankan dengan (co-payment takaful).


MENGAPA IKHLAS MEDIC ASSIST TAKAFUL?
 

Tiada Ko-Takaful
Berbanding dengan kad-kad perubatan lain di Malaysia, IMAT tidak membebankan anda dengan bebanan bayaran ko-takaful (pembayaran ditanggung bersama oleh peserta) sekiranya anda menggunakan manfaat yang ada pada kad anda. Ini menjadikan IMAT sebagai satu-satunya Medical Card Takaful yang tiada Ko-Takaful.

Kad Bantuan Kemasukan Hospital (HA)
Bagi panel hospital yang diluluskan untuk kemudahan tuntutan.

Perlindungan Komprehensif
Perlindungan ini memberi rawatan yang diperlukan yang akan dibayar mengikut caj yang berpatutan dan diterima umum di lokasi di mana anda menerima rawatan.

Jaminan Pembaharuan Sehingga Umur 80 Tahun
Sijil diperbaharui di atas keputusan peserta. Pihak Takaful IKHLAS tidak boleh menolak pembaharuan sijil dan tidak boleh menambah pengecualian di dalam sijil pada masa pembaharuan. Akan tetapi, sijil ini boleh ditarik balik dari pasaran mengikut Syarat Penarik Balik Portfolio.

Tiada Had Tuntutan Setiap Hilang Upaya
Selain daripada Had Tahunan Keseluruhan dan Had Jangka Hayat, tiada had lain yang dikenakan ke atas jumlah tuntutan untuk setiap hilang upaya.

Kadar Sumbangan Uniseks
Sumbangan takaful dikira mengikut umur dan tidak ada perbezaan di antara sumbangan untuk lelaki dan wanita. 

Sumbangan Yang Dikenakan
Permohonan adalah berdasarkan umur pada harijadi akan datang dan dicarum setiap tahun pada kadar yang ditentukan semasa pembaharuan. Sumbangan tambahan dicaj kepada orang yang kurang sihat. Sumbangan tidak dijamin dan tertakluk kepada perubahan serta dipantau sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.

Permohonan Yang Mudah
Permohonan adalah sangat mudah. Sesiapa yang berumur di antara 19-60 layak memohon. Sijil ini boleh dilanjut kepada anak-anak tanggungan anda yang berumur dari 30 hari hingga 19 tahun (sehingga umur 23 tahun jika belajar sepenuh masa)

No comments:

Post a Comment